ShahrulXtreme
Login form
Calendar
«  February 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Search
Site friends

Search Engine Optimization and SEO Tools
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Our poll
Rate my site
Total of answers: 3
Blog sections
SKDP [2]
SMSS [1]
LAMAN UTAMA [2]
Friday, 19 Apr 2024, 1:58 PM
Main » 2009 » February » 15 » Sejarah SKDP
Sejarah SKDP
12:14 PM



              Sekolah Kebangsaan Desa Putra, 43000 Kajang dibina dalam tahun 1964 di kawasan Rancangan Tanah berkelompok Sungai Merab Dalam (R.K.T Sg Merab). Hanya satu blok sekolah sahaja dibina pada tahun 1964 iaitu blok A yang terdapat sehingga hari ini. Nama asal Sekolah Kebangsaan Desa Putra (SKDP) ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam, Kajang, Ulu Langat atau lebih dikenali sebagai oleh penduduk setempat ketika itu sebagai Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sg Merab.

Pembukaan rasmi bangunan pertama telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor ketika itu Encik Harun b. Hj. Idris, SMS pada hari Rabu 29 Julai 1964 bersamaan dengan 19 Muharam 1384. Nama Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Desa Putra pada tahun 1993.

Dari tahun penubuhannya hingga sekarang, sekolah ini telah ditadbir oleh sembilan orang guru besar.Pembinaan bangunan yang lain dijalankan secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh pada tahun 1971, pembinaan blok sekolah yang kedua (Blok B), kantin dan tiga buah rumah guru dibina secara serentak untuk kemudahan pelajar dan guru. Sehingga kini. Sekolah Kebangsaan Desa Putra mempunyai 6 blok bangunan dan 9 buah rumah guru.

Pada tahun pembukaannya, sekolah ini mempunyai bilangan guru antara 8 ke 10 orang sesuai dengan bilangan pelajar pada ketika itu yang tidak melebihi 200 orang. Bilangan kelas pada ketika itu hanyalah sebanyak 3 buah kelas dan tenaga pengajarnya hanya terdiri dari guru lelaki. Seiring dengan penubuhan dan pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berhampiran dengan SKDP, beberapa buah taman perumahan telah dibangunkan berhampiran dengan Desa Putra. Ini menyebabkan SKDP telah mengalami pertambahan pelajar yang ketara pada tahun 2003. Sehingga kini jumlah pelajarnya melebihi 780 orang dengan bilangan guru seramai 51 orang.

Sekolah Kebangsaan Desa Putra yang berada di bawah pentadbiran PPD Sepang merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam perkampungan Desa Putra dan berhampiran dengan taman perumahan dan Putrajaya. Murid-muridnya adalah terdiri daripada anak-anak yang ibu bapa mereka yang bekerja sendiri, pegawai kerajaan dan pekerja swasta. Ini menjadikan murid-muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang yang mempengaruhi faktor pendidikan, politik dan sosio ekonomi.

Pertambahan kawasan taman perumahan telah menyebabkan bilangan murid semakin bertambah manakala kapasiti sekolah dari aspek kemudahan fizikal dan prasarana amat terhad. Oleh itu sekolah ini dijalankan dalam dua sesi di mana sesi pagi melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang melibatkan murid tahun 1,2 dan 3.
Category: SKDP | Views: 1828 | Added by: shahrulxtreme | Rating: 5.0/1 |
Total comments: 3
3 Shukor Mohd  
0
assalamualaikum Shahrul:

I've just declared myself a 'citizen" of Desa Putra, and it has been about 6 months to date. Following the development of young budding youth like you has always made me proud of our people and it's been my passion too to see them blooming into a useful countryman and dynamic leaders of the future.
Take a good deep look at your surroundings, and always remember there's always somebody better or worse off than you. So, PAKCIK ingin ingatkan jangan lupa pada ALLAH dan pada orang-orang yang telah berjasa kepada mu, because you're nobody without them.
ALWAYS BE ON THE RIGHT TRACK.

2 shamsiahfakhih  
0
shahrul , still remember me? yr english teacher. I'm proud of u.

1 Kak Juliey Desa Putra  
0
Salam Shahrul....Welldone...keep it up...

Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]

Copyright MyCorp © 2024Powered by uCoz