Sekolah
Kebangsaan Desa Putra, 43000 Kajang dibina dalam tahun 1964 di kawasan
Rancangan Tanah berkelompok Sungai Merab Dalam (R.K.T Sg Merab). Hanya
satu blok sekolah sahaja dibina pada tahun 1964 iaitu blok A yang
terdapat sehingga hari ini. Nama asal Sekolah Kebangsaan Desa Putra
(SKDP) ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Dalam, Kajang, Ulu Langat
atau lebih dikenali sebagai oleh penduduk setempat ketika itu sebagai Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Sg Merab.
Pembukaan
rasmi bangunan pertama telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat
Menteri Besar Selangor ketika itu Encik Harun b. Hj. Idris, SMS pada
hari Rabu 29 Julai 1964 bersamaan dengan 19 Muharam 1384. Nama Sekolah
Kebangsaan Sungai Merab Dalam telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan
Desa Putra pada tahun 1993.
Dari
tahun penubuhannya hingga sekarang, sekolah ini telah ditadbir oleh
sembilan orang guru besar.Pembinaan bangunan yang lain dijalankan
secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh pada tahun 1971,
pembinaan blok sekolah yang kedua (Blok B), kantin dan tiga buah rumah
guru dibina secara serentak untuk kemudahan pelajar dan guru. Sehingga
kini. Sekolah Kebangsaan Desa Putra mempunyai 6 blok bangunan dan 9 buah rumah guru.
Pada
tahun pembukaannya, sekolah ini mempunyai bilangan guru antara 8 ke 10
orang sesuai dengan bilangan pelajar pada ketika itu yang tidak
melebihi 200 orang. Bilangan kelas pada ketika itu hanyalah sebanyak 3
buah kelas dan tenaga pengajarnya hanya terdiri dari guru lelaki.
Seiring dengan penubuhan dan pembangunan Putrajaya sebagai Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang berhampiran dengan SKDP, beberapa
buah taman perumahan telah dibangunkan berhampiran dengan Desa Putra.
Ini menyebabkan SKDP telah mengalami pertambahan pelajar yang ketara pada tahun 2003. Sehingga kini jumlah pelajarnya melebihi 780 orang dengan bilangan guru seramai 51 orang.
Sekolah
Kebangsaan Desa Putra yang berada di bawah pentadbiran PPD Sepang
merupakan sebuah sekolah yang terletak dalam perkampungan Desa Putra
dan berhampiran dengan taman perumahan dan Putrajaya. Murid-muridnya
adalah terdiri daripada anak-anak yang ibu bapa mereka yang bekerja
sendiri, pegawai kerajaan dan pekerja swasta. Ini menjadikan
murid-muridnya terdiri dari pelbagai latar belakang yang mempengaruhi
faktor pendidikan, politik dan sosio ekonomi.
Pertambahan
kawasan taman perumahan telah menyebabkan bilangan murid semakin
bertambah manakala kapasiti sekolah dari aspek kemudahan fizikal dan
prasarana amat terhad. Oleh itu sekolah ini dijalankan dalam dua sesi
di mana sesi pagi melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi
petang melibatkan murid tahun 1,2 dan 3.
I've just declared myself a 'citizen" of Desa Putra, and it has been about 6 months to date. Following the development of young budding youth like you has always made me proud of our people and it's been my passion too to see them blooming into a useful countryman and dynamic leaders of the future. Take a good deep look at your surroundings, and always remember there's always somebody better or worse off than you. So, PAKCIK ingin ingatkan jangan lupa pada ALLAH dan pada orang-orang yang telah berjasa kepada mu, because you're nobody without them. ALWAYS BE ON THE RIGHT TRACK.