![](http://2.bp.blogspot.com/_s-uwnD7wl_E/SYrDKXkMqMI/AAAAAAAAABw/Esbjw7V7b1s/s320/SMSS.png) | SMSS telah ditubuhkan pada 1 Januari 1973.
Pada masa itu bangunan sekolah ini yang bertempat di Jalan Tenteram,
Bandar Tun Razak belum lagi siap dibina. Justeru, pelajar-pelajar
sekolah ini ditempatkan di beberapa sekolah di Wilayah Persekutuan dan
Selangor untuk sementara waktu di bawah seorang penyelia, En. Saad bin
Md. Yasin. |
Sebagai permulaan, empat buah kelas Tingkatan Empat telah diwujudkan. Pelajar-pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan seramai 120 orang ini telah ditempatkan di Sekolah Alam Shah. Mereka dibahagikan kepada dua aliran iaitu 2 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 2 kelas aliran Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar
Tingkatan Satu aliran Bahasa Melayu seramai 80 orang ditempatkan di
Sekolah Sultan Aziz Shah, Kajang. Pada 1 November 1973, seorang
pengetua, En. M. P. Prabakar telah ditugaskan untuk mentadbir SMSS.
Beliau beribu
pejabat di Sekolah Alam Shah. Bangunan yang ada sekarang siap dibina
pada 7 Januari 1974 dengan perbelanjaan sebanyak RM2.2 juta. Penggal
pertama persekolahan untuk tahun 1974 dan pelajar-pelajar yang terdiri
dari pelajar lelaki dan perempuan sekolah ini sebelumnya menumpang di
beberapa buah sekolah di Selangor telah melaporkan diri pada hari
tersebut di bangunan baru. Pelajar-pelajar Tingkatan Lima aliran Bahasa
Melayu telah dikekalkan di Sekolah Alam Shah untuk meneruskan pengajian
mereka sementara yang lain berpindah ke bangunan baru SMSS. Pada
4 Februari 1974, seramai 120 orang pelajar baru melaporkan diri untuk
belajar di Tingkatan empat. Kehadiran semua pelajar adalah merupakan
titik permulaan tertubuhnya Sekolah Menengah Sains Selangor. Pada 16 Februari 1988, seramai 91 orang pelajar Tingkatan Satu melaporkan diri sebagai pelajar Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah
ini mula menawarkan aliran teknikal bagi pelajar-pelajar Tingkatan
Empat pada tahun 1996. Walau bagaimanapun terdapat sebuah kelas aliran
Sains Tulen yang dikekalkan untuk mereka yang berminat. SMSS juga
adalah salah sebuah Sekolah Bestari di antara 90 buah sekolah Bestari
di Malaysia sejak tahun 1999. Sehingga kini, pentadbiran SMSS diterajui oleh Tuan Hj. Mohd Ardani bin Yunos sebagai pengetua yang ke-11. Beliau mula berkhidmat pada pertengahan tahun 2004
|